Owh Gunung Lawit...

Lencana Kemahiran
Assalamualaikum dan salam pengakap kepada semua pengakap kelanasiswa kky1011 UniSZA khususnya dan sahabat-sahabat pengakap di seluruh Malaysia amnya.Alhamdulillah,bertemu kita kembali dalam blog epilog seorang kelana siswa nie.Wahh!!macam rancangan masak-memasak pulak,huhuhu.Kali ni aku nak cerita pasal ekspedisi kami ke Gunung Lawit.Gunung Lawit ni terletak di Kuala Berang,Terengganu darul iman.Ekspedisi ke Gunung Lawit merupakan aktiviti 'outdoor' kami yang pertama untuk semester nie.Sebenarnya,dah lama tak berkhemah di kawasan gunung-ganang ni.Akhirnya tercapai jugak hasrat aku.Lagipun,aku tak pernah berpeluang menjenguk kawasan luar di negeri Terengganu yang indah lagi permai nie.Asyik terkurung je dalam kawasan kampus ni.Almaklumlah,,poket ni kosong je.so, tak de peluangla aku nak keluar..Eh..jangan marah ye kerajaan Negeri Sembilan.Aku masih lagi seorang rakyat yang setia kepadamu.hehehe.Kami bertolak ke Gunung Lawit pada hari khamis bersamaan dengan 24 Februari 2011.
 Macam biase,kami pergi ke sana dengan menaiki bas UniSZA yang berwarna merah tu.Sangat berpuas hati kerana dapat naik bas yang cantik dan sejuk.Nyaman je rasenye..heheheh.Ekspedisi ini bertujuan untuk melayakkan kami memperolehi Lencana Kemahiran.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan semua,banyak gerak kerja yang telah dilakukan oleh kami untuk memastikan ekspedisi ini berjalan dengan jayanya.Bermula dari buat kertas kerja sehinggalah kertas kerja itu diluluskan oleh pihak HEPA UniSZA...A lot of works to do.Aaarrgh!!Aku ditugaskan untuk menguruskan bahagian makanan yang juga dikenali sebagai Quartermaster.Maybe sebab aku chubby,so aku kena jaga makanan kot,hahaha,just kidding...sebenarnya aku teramatlah suka bab masak-memasak ni.So,aku sangat gembira.Aku kagum dengan kesungguhan kelana rahman,kelana awin dan kelana izyan serta sahabat-sahabat kelanasiswa yang lain dalam memastikan program ini sempurna dan yang paling penting kami mendapat bimbingan,dorongan dan sokongan serta tunjuk ajar daripada mursyid kami iaitu Tuan Syed Mohd Al-Shukri bin Tuan Sharif.Terima kasih Tuan Syed..!!Kami tiba di Gunung Lawit pada waktu tengahari.Aku yang baru bangun dari tidur agak terkejut dan tertanya-tanya,"eh,cepathnya sampai???bas ke jet pejuang ni??"Walaubagaimanapun,kehijauan panorama di Gunung Lawit dan kejernihan tasik kenyir telah menambat hatiku.Aku dengan penuh gaya berdiri dan buat-buat macam tak tidur terus berkata,"Haaa,kelana siswa sekalian,selamat datang ke Gunung Lawit!!"aku nampak ada insan yang gelakkan aku.Tak lain dan tak bukan rahman la,sape lagi.Sebabnye,dia tengok aku tidur dalam bas tadi.

Kami sama-sama mengangkut barang-barang ke tapak perkhemahan dan bergotong-royong mendirikan khemah.Aku rase nak gelak tengok khemah kami.Macam tak boleh nak berdiri je.Kalau hujan turun,komfem banjir dan runtuhlah khemah tu semua.Paling kesian,khemah kelana awin and the gang.Khemah diorang condong je macam menara condong kat Perak tu,kuikuikuikui.Tong gas yang kosong,dapur yang patah dan macam2 lagi.Apa2 pun,semua tu adelah ujian yang diberi oleh Allah swt yang mesti kami hadapi dengan penuh semangat.Kami makan makanan yang sangat spesial malam tu iaitu nasi yang tak berapa nak masak,sambal sardin,sayur dan air teh.Semua kelana siswa makan dengan reaksi muka yang berbagai.hehehe.Ade jugak yang tiba-tiba diet malam tu dan ade jugak yang tiba-tiba teringat akan masakan bonda di rumah dan masakan makcik kafeteria yang dibuang begitu saje apebila tak habis dimakan.Emm,penuh penyesalan.Pada malam tu,kami mendengar taklimat daripada Tuan Syed berkenaan dengan aktiviti sepanjang kem dan berkenalan dengan Cikgu Hamid dan Cikgu Zul.Mereka berdua yang akan mengetuai ekspedisi kami mendaki Gunung Lawit.

Banyak aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang berada di kem Gunung Lawit ni.Antaranya ialah:
(1)Jungle tracking,
(2)Estamation oleh Tuan Rosdi(Ketua Pesuruhjaya Pengakap Kelanasiswa Malaysia),
(3)Ikhtiar hidup di hutan,
(4)Mengesan tapak
(5)Orienteering,
(6)Kawad tongkat
(7)Istiadat pagi
(8)Memancing ikan yang tak kunjung tiba(ni rahman punye aktiviti,dengan aku-aku pun terlibat jugak,,hehehe),dan lain-lain.Konklusinya,banyak pengalaman dan ilmu berpengakap yang kami perolehi melalui ekspedisi Gunung Lawit ini.Ekspedisi ini berakhir pada hari sabtu bersamaan dengan 26 Februari 2011.
0 Responses

Post a Comment