Aku Kini Seorang "BLOGGER"
11:59 PM

Sebenarnya,bengkel sebegini pernah aku hadiri sewaktu di sekolah menengah.Tetapi,sekiranya ilmu yang kita perolehi tidak diamalkan maka lama-kelamaan kita akan lupa dan ia akan lenyap begitu sahaja.Inilah yang terjadi kepada diriku.Owh,sedihnya..!!!Jadi,aku berazam untuk membuang sifat malasku yang semakin menebal ni dan berusaha untuk beramal dengan ilmu yang aku perolehi.Bak kata pepatah arab,"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah".Maksudnya,sekiranya kita ada ilmu tetapi tidak beramal dengannya,maka kita tidak ada sebarang manfaat.Ustazku pernah berkata,"Ilmu tanpa amal ibarat kereta tak ada stering".kuikuikui,,kadang-kadang aku ketawa sendiri apabila teringat akan lawak Ustaz Aimi sewaktu mengajar kami subjek syariah di kala matahari terpacak di kepala.Disebabkan ramai yang dah tersengguk-sengguk,ada yang berdengkur,dan ada yang tidur terus atas meja menyebabkan Ustaz Aimi terpaksa memikirkan lawak sebegini rupa.Akhirnya,semua terjaga dan ketawa terbahak-bahak.Bak kata Stacy,Alamak..!!!Terlebih sudah.Maafkan saya Tuan Syed Syukri..!!!hehehe...
Bengkel ICT ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.Kami dibekalkan sebuah modul mengenai cara-cara untuk menghasilkan blog dan sekali gus bergelar seorang blogger.Sebenarnya bengkel ICT ini amat penting untuk melayakkan kami mendapat Lencana ICT.Ia salah satu daripada lencana-lencana pengakap kelana siswa yang perlu kami miliki.Konklusinya,bengkel ini banyak membantu kami dan terutamanya aku yang sudah nyanyuk bagaimana nak buat blog sendiri.
Post a Comment